Ucapan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed,Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) sempena Majlis Pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Keluarga Malaysia.
Yang Berhormat Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan mewakili Menteri Besar Kelantan
YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman
Pengerusi Kumpulan UMW
YBhg. Dato’ Ahmad Fuaad Kenali
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW
Rakan-Rakan Kerjasama di bawah Payung Inisiatif Pucuk Hijau UMW
Badan-Badan dan Organisasi Kerajaan Negeri Kelantan dan Daerah Tumpat
Dif-Dif Kehormat dan hadirin sekalian
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Haji Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan yang hadir mewakili Menteri Besar Kelantan ada hari ini.
Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Kumpulan UMW terutamanya YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan YBhg. Dato’ Ahmad Fuaad Kenali atas jemputan menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis ini, dan seterusnya merasmikan Inisiatif Pucuk Hijau UMW.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
UMW ni bukanlah nama yang asing bagi kita di Malaysia, dan juga di kalangan kita semua pada hari ini…
Ucapan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hamad Kama Piah Che
Othman, Pengerusi Kumpulan UMW
Majlis Pelancaran Inisiatif Pucuk Hijau UMW
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana pada petang ini kita diberi kesempatan untuk bersama-sama dalam suatu acara yang diberi nama “MAJLIS PELANCARAN INISIATIF PUCUK HIJAU UMW”.
Bagi pihak Kumpulan UMW, saya amat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) yang telah sudi meluang-kan masa untuk bersama kita pada hari ini disebalik kesibukan jadual beliau. Terima kasih juga atas kesudian YB Menteri untuk melancarkan Inisiatif Pucuk Hijau UMW.
Saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dari pihak Kumpulan UMW kepada sebegitu banyak pihak yang memberi sokongan termasuklah daripada:
a) Pejabat Menteri Besar Kelantan
b) Kerajaan Negeri Kelantan
c) Kepimpinan dari Parlimen dan DUN Tumpat
d) Majlis Daerah Tumpate) Jabatan-jabatan kerajaan Persekutuan dan negerif) NGO-NGO, wakil-wakil media
g) Penaja dan rakan-rakan Inisiatif Pucuk Hijau Kumpulan UMW
Sesungguhnya, sokongan yang diberikan oleh semua sama ada dari Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Jabatan-Jabatan Kerajaan, badan-badan korporat dan juga media jelas menjadi tanda komitmen semua pihak terhadap agenda kelestarian alam yang murni ini. Jika dahulunya, green agenda ini hanyalah sekadar suatu konsep sahaja, pada hari ini, kita menyaksikan suatu bentuk penjelmaan secara zahir oleh Kumpulan UMW terhadap agenda ini, dengan sokongan kuat dari semua.
Hadirin yang saya hormati sekalian,
Keutamaan Agenda Kelestarian Alam
Dunia kini berhadapan dengan pelbagai cabaran, dan sebagai antara pemain korporat utama negara, Kumpulan UMW tidak terkecuali dari mendepani cabaran yang kian mendatang….